Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018
KEGAGALAN SEKALI BUKAN PENGAKHIRAN Saya mula berlari di Standard Chartered KL Marathon 2011 dengan memasuki kategori 21km. Ini adalah antara permulaan dalam karier larian saya dan pada ketika itu saya berjaya mencatat masa 2:08. Saya mengambil masa selama 7 tahun untuk mendapatkan catatan masa di bawah 1 jam 30 minit. Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah tanpa latihan yang betul, tahap ‘progress’ anda akan lambat. Selama 6-7 tahun pertama saya berlari tanpa asas dan ‘load’ latihan yang tepat. Hanya pada setahun yang lalu, ‘progress’ saya berkembang selepas berlatih dengan sedikit ilmu yang betul. But at the end of the day, “slow progress is better than no progress” . Teruskan berlatih 🏃🏻‍♂️ 👍🏻 😊   ‘Progress’ tidak semestinya diukur pada rekod masa dicatatkan tetapi juga boleh diukur pada keadaan badan ketika menempuh larian tersebut. Jika anda berjaya menghabiskan larian tahun ini sama masanya dengan tahun lepas, tetapi anda masih mampu tersenyum dan juga tiba...