Skip to main content
KEGAGALAN SEKALI BUKAN PENGAKHIRAN

Saya mula berlari di Standard Chartered KL Marathon 2011 dengan memasuki kategori 21km. Ini adalah antara permulaan dalam karier larian saya dan pada ketika itu saya berjaya mencatat masa 2:08. Saya mengambil masa selama 7 tahun untuk mendapatkan catatan masa di bawah 1 jam 30 minit. Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah tanpa latihan yang betul, tahap ‘progress’ anda akan lambat. Selama 6-7 tahun pertama saya berlari tanpa asas dan ‘load’ latihan yang tepat. Hanya pada setahun yang lalu, ‘progress’ saya berkembang selepas berlatih dengan sedikit ilmu yang betul. But at the end of the day, “slow progress is better than no progress” . Teruskan berlatih 🏃🏻‍♂️ 👍🏻 😊 

‘Progress’ tidak semestinya diukur pada rekod masa dicatatkan tetapi juga boleh diukur pada keadaan badan ketika menempuh larian tersebut. Jika anda berjaya menghabiskan larian tahun ini sama masanya dengan tahun lepas, tetapi anda masih mampu tersenyum dan juga tiba lebih bersahaja di garisan penamat, itu juga dikira suatu ‘improvement. Hal ini bermaksud petanda positif yang badan anda sudah menjadi semakin kuat.

Kini viral di tanah air kita tentang ‘pelari hantu’ ataupun ‘pelari penipu’. Tiada kebanggan apabila kita berjaya ke garisan penamat dengan cara yang salah. Tanyalah orang-orang yang berjaya di sekitar kita, mereka lah yang paling banyak menempuh kegagalan. Apa yang membezakan mereka dengan kita? Mereka bangkit dari kegagalan dan terus berjuang ke halangan yang seterusnya! Saya juga pernah gagal. Pernah DNS dan juga DNF. 

Tahun lepas saya menyertai acara 42km di KL Marathon dan saya gagal menghabiskan larian atas keadaan badan yang tidak mengizinkan. Saya mengambil keputusan untuk berhenti di checkpoint 20km. Pada ketika saya melangkah ke dalam ‘bas sapu’, betapa terkilannya saya mengenangkan tempoh 3 bulan yang saya curahkan masa pada komitmen latihan marathon. Lebih-lebih lagi mengenangkan LSD yang saya lakukan setiap minggu berakhir dengan begitu sahaja. Selama 1 jam setengah, saya menunggu sebelum bas itu bergerak, bermacam-macam perkara negatif terlintas. Seminggu sebelum itu, kereta saya telah dipecah masuk sewaktu Nilai HM menambahkan lagi duka . Terlintas di hati untuk berhenti berlari kerana semua seperti tidak kena.

Lama kelamaan, bas itu sedikit-sedikit dipenuhi dengan pelari yang turut mengalami nasib yang sama, sehinggalah bas itu penuh! Pada ketika itu jugalah saya berfikir, gagal itu normal! Dan jika saya sedih mereka pula bagaimana? Turun dari bas, saya terus melangkah pulang dan tiada langsung terlintas untuk pergi mendapatkan medal yang saya ‘tidak layak’! Tidak menjadi kesalahan jika diri kita mengaku yang kita ‘gagal’ dan bertekad untuk mencuba lagi! Setidak-tidaknya saya dan kawan-kawan yang saya jumpa di dalam bas itu mempelajari sesuatu yang bernilai dalam hidup kami, iaitu kegagalan! Oleh itu, beranilah untuk gagal! 😊 

KL Marathon yang kita semua bangga-banggakan memang penuh dengan drama. Hanya yang bersedia saja yang pasti akan berjaya. Hidup kita umpama marathon, penuh dengan cabaran tetapi bisa di tempuh kerana yang Pencipta hanya akan menguji kita setimpal dengan kemampuan. 😊 

Semoga kita berjumpa lagi di KL Marathon 2019













Comments

Popular posts from this blog

FASTEST MALAYSIAN @TOKYO MARATHON 2019

Honoured to be the fastest Malaysian  🇲🇾  at  # TokyoMarathon2019   🇯🇵 yesterday.  Hard work paid off!  💯  Happy to finish my first  Abbott World Marathon Majors in a tough weather condition. 6 °C with drizzling rain and strong wind on certain part during the race. With the strong support from my coach coming here and all the prayers from family and friends, I keep reminding myself to be strong and believe the dream once I thought was impossible, breaking my personal best by 15 minute s and achieving BQ time of 2:57 at my 20th marathon! It was totally mind over the body yesterday  🙏   Saya pergi ke Jepun dengan kaki yang baru pulih dari kecederaan. Dan sewaktu race, rasa sakit itu kembali. Do you know what keeps me going until the Finishing Line? Dengan kaki yang hampir nak cramp dan cuaca yang sungguh brutal, hanya satu bermain di minda. Rasa bersyukur kepada Tuhan. I could have given up earlier, when I ’m no longer feel strong...